Tuesday, October 17, 2006

PEMUDA TIDAK BELA MAT REMPIT

"Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan melindungi kumpulan mat rempit yang didapati melanggar undang-undang walaupun mereka pernah terlibat menjayakan program anjuran parti itu." - Hishamuddin

"Beberapa kejadian jenayah melibatkan mat rempit kebelakangan ini turut mencemar imej Putera UMNO yang sebelum ini giat melaksanakan kempen dan program bersama mat rempit." - Hishamuddin

Sebahagian daripada 49 keluarga miskin penerima bantuan hamper dan sumbangan duit raya sekitar Taman Medan sempena Program Kacau Bubur Lambuk Putera UMNO

Sekiranya ada anggota kumpulan mat rempit yang melanggar peraturan, ketua kumpulan akan dipanggil memberi penjelasan kepada Pengerusi Putera

"Pemuda UMNO juga memerlukan kerjasama kementerian berkaitan bagi mengawal kegiatan kumpulan mat rempit memandangkan jumlah mat rempit adalah besar." - Hishamuddin

Datuk Hishamuddin bersama Dato' Azeez mengacau bubur lambuk di program tersebut

‘‘Dalam soal ini, bukan sahaja Pemuda atau Putera UMNO perlu bertindak, agensi lain dan kementerian terlibat perlu bersama bersatu tenaga mendekati golongan ini sama ada di bandar atau luar bandar,’’ - Hishamuddin

"Setakat ini, sebanyak 3,800 mat rempit di seluruh negara telah menyertai Putera UMNO sejak pertubuhan itu diperkenalkan akhir tahun lalu." - Hishamuddin

Kehadiran Awei di harap akan dapat menarik penyertaan mat rempit dalam program-program yang akan dianjurkan oleh Putera UMNO


PETALING JAYA 14 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan melindungi kumpulan mat rempit yang didapati melanggar undang-undang walaupun mereka pernah terlibat menjayakan program anjuran parti itu.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beberapa kejadian jenayah melibatkan mat rempit kebelakangan ini turut mencemar imej Putera UMNO yang sebelum ini giat melaksanakan kempen dan program bersama mat rempit.

‘‘Kita mahu Putera UMNO tidak berputus asa dengan tuduhan dilemparkan berkaitan kes-kes mat rempit ini, sebaliknya terus membuat perancangan rapi bagi memastikan mat rempit yang menyertai program Putera mempunyai disiplin,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hamper dan sumbangan duit raya kepada 49 keluarga miskin sekitar Taman Medan sempena Program Kacau Bubur Lambuk Putera UMNO, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Hishammuddin turut menyampaikan pita keselamatan topi keledar kepada kira-kira 10 kelab motosikal yang terdapat sekitar Petaling Jaya.

Menurut Hishammuddin, mana-mana ketua kumpulan mat rempit yang terlibat dalam program Putera UMNO akan diberi tanggungjawab mengawal kegiatan anggota masing-masing bagi mengawal tahap disiplin ahli mereka.

‘‘Sekiranya ada anggota mereka melanggar peraturan, ketua kumpulan akan dipanggil memberi penjelasan kepada Pengerusi Putera dan saya sendiri tentang perkara yang berlaku,’’ katanya.

Pada masa sama, katanya, Pemuda UMNO memerlukan kerjasama kementerian berkaitan bagi mengawal kegiatan kumpulan mat rempit memandangkan jumlah mat rempit adalah besar.

‘‘Dalam soal ini, bukan sahaja Pemuda atau Putera UMNO perlu bertindak, agensi lain dan kementerian terlibat perlu bersama bersatu tenaga mendekati golongan ini sama ada di bandar atau luar bandar,’’ katanya.

Beliau memberitahu, setakat ini, sebanyak 3,800 mat rempit di seluruh negara telah menyertai Putera UMNO sejak pertubuhan itu diperkenalkan akhir tahun lalu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home