Thursday, October 12, 2006

MENDEKATKAN 'MAT REMPIT' DENGAN MASYARAKAT




KUALA LUMPUR – Usaha Putera UMNO untuk memberi perspesi baru remaja yang digelar ‘mat rempit’ dikalangan masyarakat sekali lagi menemukan mereka dengan program bergotong -royong membersih Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang PJS 7 baru-baru ini. Program yang membabitkan 200 ‘mat rempit’ dan pelajar Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Automotif (Tekat) merupakan antara langkah awal Putera UMNO kearah itu.

Pengerusi Putera UMNO, Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, program itu bertujuan memberi kesedaran serta mendekatkan anak muda dengan kegiatan berfaedah, termasuk membuat kebajikan atau kerja amal.

Katanya, ini program ketiga untuk Ramadan ini, sebelum ini ke Teluk Batik dan minggu lalu ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah di Kajang.

“Ia diharap memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka. Sambutan diterima memang baik, malah dianggarkan kira-kira 40,000 remaja sudah kita dekati melalui pelbagai program,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home