Wednesday, October 11, 2006

200 'MAT REMPIT' LAKUKAN KERJA AMAL









KAJANG, 23 September 2006 – Putera UMNO sekali lagi membuktikan bahawa penubuhan Kelab Motor Putera bukan semata-mata untuk ‘merempit” di jalan raya mahupun untuk berkonvoi ke Teluk Batik semata-mata. Malah penubuhan Kelab Motor Putera, antaranya untuk mendidik remaja bermotor mendekati masyarakat sekaligus mengikis tanggapan negetif terhadap mereka.

Perkara ini dibuktikan bilamana seramai 200 Putera kebanyakannya dari apa yang digelar ‘mat rempit’ telah sama-sama menyertai gotong royong membersih Rumah Anak Yatim Nurhikmah Kajang.

Sebahagian kepakaran yang ada pada mereka telah dipergunakan bagi membaiki lampu yang rosak, mengecat pagar, membetul peralatan eletrik seterusnya membersih kawasan persekitaran rumah anak yatim tersebut.

Pengerusi Putera UMNO Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam program tersebut mengakui bahawa kehadiran ‘mat rempit’ di rumah anak yatim tersebut telah ‘mengejutkan’ bukan sahaja penghuni rumah tersebut malah masyarakat sekeliling.

Ini berlaku kerana selama ini masyarakat beranggapan ‘mat rempit’ adalah ‘budak jahat’ yang tidak mempedulikan kerja-kerja kebajikan dan bergaul dengan masyarakat.

“Putera UMNO sedikit sebanyak telah berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap ‘mat rempit’ dan ini merupakan sesuatu yang membanggakan” jelasnya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home