PUTERA AKAN TUBUH KELAB MOTOR MAT REMPIT
PRIHATIN : Mat Rempit juga warganegara yang prihatin. Malam itu sahaja mereka berjaya mengumpul RM 3,500 untuk Tabung Asia Barat
KOMITMEN : Saudara Suhaimi Abbas dari Kelab Motor Sheel bersedia untuk bersama-sama Putera UMNO dalam penubuhan Kelab Motor Mat RempitTURUN PADANG : Dato Azeez dan Saudara KJ bersama motorsikal masing-masing sangggup turun gelanggang bersama Mat Rempit dalam usaha mendekati golongan ini
PENAUNG : Saudara KJ bersedia untuk menjadi Penaung kepada Kelab Motor Mat Rempit. Satu suntikan kekuatan kepada usaha Dato Azeez
MENCATIT SEJARAH : Menjadi satu catitan sejarah bilamana seramai 1,500 Mat Rempit bertemu untuk menyertai Kembara Kemanusiaan di bawah naungan Putera UMNO MalaysiaSATU PERMULAAN : Langkah pertama yang akan disusuli berbagai aktiviti untuk golongan ini
Putera UMNO Malaysia diperingkat akhir untuk menubuh sebuah kelab motosikal yang akan mengumpul dan merancang setiap aktiviti khusus untuk golongan Mat Rempit di ibu kota.
Menurut Pengerusi Putera UMNO Malaysia, Dato’ Abdul Azeez Abd Rahim kelab yang sedang disesuaikan namanya itu nanti akan berfungsi bagi menaungi dan merancang aktiviti berfaedah untuk remaja bermotor di Lembah Klang.
Katanya, jika mendapat sambutan kelab tersebut akan diperluaskan keseluruh Negara dalam usaha membendung dan mengawal aktiviti lumba haram di kalangan remaja bermotorsikal di Negara ini.
“Saudara Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersetuju untuk menjadi penaung kepada kelab tersebut” jelas Dato Azeez ketika ditemui di majlis Kembara Kemanusiaan Motor Putera di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Program tersebut turut disertai oleh Saudara Khairy dan melibatkan penyertaan lebih 1,500 mat rempit sekitar ibu negara bergerak secara konvoi bermula pukul 10.30 malam dari Dataran Merdeka melalui Jalan Raja Laut, Jalan Chow Kit, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang dan berakhir semula di dataran tersebut
Menurut Dato Azeez lagi, golongan mat rempit ini tidak harus dipinggirkan dan Putera UMNO ingin memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki diri sekaligus menjadi sebahagian daripada warganegara yang berguna.
“Kita percaya hanya segelintir sahaja daripada mereka yang terlibat dalam lumba haram dan aktiviti yang tidak sihat. Itupun setelah kita mengkaji dan mendapati bahawa golongan ini perlukan rakan pembimbing yang baik untuk mereka keluar dari masalah tersebut.
“Oleh itu Putera UMNO akan berusaha untuk menjadi rakan pembimbing yang baik bagi membantu golongan ini” tegasnya
0 Comments:
Post a Comment
<< Home