Tuesday, May 23, 2006

PUTERA LATIH AHLI JADI SUKARELAWAN

BALING 19 Feb. - Putera UMNO mahu menjadikan ahlinya mahir sebagai sukarelawan kemasyarakatan termasuk di peringkat antarabangsa. Malah Putera UMNO juga bersiap sedia melatih ahli-ahlinya berkhidmat hingga ke negara-negara yang dilanda krisis dan bencana.

Pengerusinya, Datuk Azeez Abd. Rahim berkata, untuk itu Putera UMNO akan memperkenalkan kursus modal insan bagi melahirkan generasi pelapis berkualiti mulai Mac depan.

``Kita akan mengambil anak muda untuk mengikuti kursus berasaskan modal insan bagi membentuk remaja berkualiti,'' katanya.

Beliau ditemui pada majlis gotong-royong mengacau bubur asyura bersama penduduk di 10 buah kampung mukim Siong di Pekan Weng dekat sini hari ini. Sebanyak 2,000 bungkus bubur asyura diagih-agihkan kepada penduduk kampung terbabit.
Menurutnya, kursus secara berperingkat di semua negeri itu melibatkan remaja berusia 18 hingga 25 tahun.

Katanya, melalui kursus tersebut Putera UMNO akan mendedahkan remaja terbabit dengan asas sukarelawan, ketahanan mental dan fizikal, kemahiran, komunikasi dan ikhtiar hidup.

Menurutnya, Putera UMNO mahu melaksanakan kursus modal insan supaya hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan Putera UMNO melahirkan generasi berkualiti dan bukan sekadar kuantiti.
Azeez menambah, buat permulaan kursus itu akan melibatkan remaja dari Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang sebelum diteruskan ke negeri -negeri lain.
Jelasnya, pemilihan peserta tidak akan mengambil kira kelayakan akademik.

PUTERA UMNO KEMPEN BACA JAWI

BALING 1 Mei - Putera UMNO mengambil langkah agresif memperkenalkan akhbar tulisan jawi, Utusan Melayu Mingguan pada setiap program yang disertai ahlinya termasuk membantu pelajar sekolah dan universiti di seluruh negara.
Malah Putera akan turut memfokuskan 200,000 ahlinya di seluruh negara supaya digerakkan menjadi generasi yang celik jawi.

Pengerusinya, Datuk Abd. Azeez Rahim berkata, Putera rasa terpanggil untuk membawa ahli Putera kepada satu dimensi baru menggalakkan ahlinya mencintai akhbar jawi yang menjadi wadah bangsa Melayu suatu ketika dulu.

Menurutnya, Putera akan menjelajah ke seluruh 12 negeri bagi membantu, membimbing pelajar sekolah dan universiti supaya memilih akhbar jawi Utusan Melayu sebagai bahan bacaan sekali gus mendidik mereka mencintai tulisan jawi yang hampir dipinggirkan.

``Putera akan jelajah seluruh negara untuk mempromosikan akhbar Utusan Melayu Mingguan supaya lebih ramai pelajar sekolah, universiti serta ahli belia berminat dengan satu-satunya akhbar yang menjadi pencetus agenda Melayu suatu ketika dulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memperkenalkan akhbar Utusan Melayu Mingguan pada Program Belia Benci Dadah dan Bakti Siswa pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sekolah Kebangsaan Dalam Wang dekat sini hari ini.
Seramai 43 pelajar UUM menyertai program selama tujuh hari itu. Hadir sama, Penolong Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Baling, Mohd. Faiz Hashim.

Tambah Abd. Azeez, langkah ini diambil berikutan masih ramai di kalangan pelajar sekolah, universiti dan belia tidak tahu membaca jawi.

Tuesday, May 02, 2006

Putera di SPM (TV1)

Pengerusi Putera Dato Abd Azeez Abd Rahim dan Timbalan Pengerusi Saudara Wan Azizi telah ke udara bagi siaran Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1. Siaran lebih kurang 20 minit yang dipancarkan melalui TV1 telah dapat memberi gambaran awal kepada masyarakat tentang matlamat dan tujuan penubuhan Putera UMNO.

Dato Azeez dan Saudara Wan Azizi telah berjaya memberi penjelasan yang memuaskan. Kesannya kita menerima pandangan dan respon dari ahli Pemuda seluruh Negara samada melalui panggilan telefon atau sms yang menunjukkan minat dan kebanggaan mereka tentang kelahiran Putera.

Shahidan kagum Putera UMNO

Taklimat Putera UMNO di Perlis mendapat perhatian Menteri Besar, YAB Dato' Seri Shahidan Kassim. Taklimat di adakan pada sebelah malam dengan kehadiran keseluruhan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian di Perlis. Taklimat diberikan oleh Pengerusi Putera UMNO Dato Abd Azeez Abd Rahim dan Timbalan Pengerusi Saudara Wan Azizi.

Pada sebelah petang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Putera berkesempatan mengunjungi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis Dato Seri Shahidan Kassim di kediaman rasminya. Melalui pertemuan tersebut Menteri Besar berjanji akan memberi sokongan dan membantu Putera UMNO di Perlis

Putera UMNO di Expo Pendidikan Perak

Putera UMNO bersama Pemuda UMNO Perak telah mengambil satu kiosk di Expo Pendidikan Perak yang diadakan di Dewan Indera Mulia Ipoh. Selama tiga hari Putera telah mempamirkan maklumat tentang Putera.

YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang merasmikan Expo tersebut telah singgah di kiosk Putera disamping menandatangani Logo Putera. Hamper 20,000 pengunjung singgah di kiosk Putera dan ingin mengetahui dan mendapat maklumat tentang Putera. Secara keseluruhan Putera berjaya memperkenalkan Putera kepada masyarakat.

Pak Lah lancar Putera


MELAKA - Anggota Putera UMNO yang kini menjangkau jumlah 107,000 orang di seluruh negara, diingatkan supaya menampilkan imej yang bersih dan berdisiplin tinggi, kerana mereka merupakan pewaris pemimpin negara dan pejuang yang akan meneruskan perjuangan parti pada masa depan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, anggota Putera UMNO perlu menjaga diri dan membentuk imej badan tersebut mulai sekarang, agar semua pihak menghormati dan memandang megah kepada mereka.

Monday, May 01, 2006

Dato Abd Azeez Rahim

Blog ini dperingkat percubaan dan pengumpulan bahan.Apa yang dipapar disini tidak menggambarkan apa yang sebenarnya sehinggalah blog ini digunapakai sepenuhnya.Blogmaster