Banjir besar yang melanda Melaka dan Johor mendapat perhatian segera dari Putera UMNO Malaysia. Satu pasukan Sukarelawan Putera untuk Misi Kemanusiaan Bantuan Banjir Putera UMNO segera dibentuk.
22 : 12 : 06 : 6.30 Petang : Sukarelawan Putera UMNO seramai 12 orang di ketuai sendiri oleh Pengerusi Putera UMNO Dato Abdul Azeez Abdul Rahim dengan dibantu oleh Timbalan Pengerusi Saudara Wan Azizi dan Setiausaha Putera Saudara Mohd Yadzan Ismail dengan empat buah kenderaan pacuan empat roda bersama dua buah lori sarat dengan enam tan muatan barangan, bergerak dari Pejabat Urusetia Putera UMNO di Kampong Attap, Kuala Lumpur.
Tiba di Tol Air Kroh Melaka, konvoi bantuan disertai oleh 15 buah kenderaan dari Kelab 4 x 4 Negeri Johor. Pertemuan secara kebetulan ini menambahkan lagi kekuatan Misi Bantuan Banjir Putera UMNO.
22 : 12 : 06 : 11.00 malam –
Pusat Pemindahan Sekolah Rendah Sri Duyong, Air Molek Melaka
Anggota konvoi tiba di pusat pemindahan tersebut dan diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka, Saudara Ashakari Mohamad.
Dari taklimat tersebut terdapat seramai 990 orang dari 191 keluarga yang terlibat dalam banjir manakala seramai 391 orang berada di pusat pemindahan tersebut.
Kawasan yang terlibat seperti Taman Sri Duyong Seksyen 1 & 2, Taman Desa Duyong, Taman Sri Duyong, Taman Permatang Duyong, Belakang Taman Seri Duyong 2 dan Bukit Duyong.
Dato Azeez bersama Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Senator Dato’ Latif Thamby Chik, ADUN Duyong YB Gan Tian Loo, Sdr Ashakari dan Ahli Parlimen Kota Melaka YB. Wong Nai Chee, mengagih-agihkan bantuan kepada mereka yang t inggal di pusat pemindahan.
Jiwa seorang pemimpin tidak dapat dipisahkan dari mampu menyerap derita dan kesusahan rakyat. Datuk Azeez Abdul Rahim jauh dari Baling bersengkang mata dan mengharungi banjir atas amanah yang dipikul dari Pemuda UMNO menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Melaka
Menyerap derita dan kesusahan rakyat ketika di timba musibah ada kalanya bukan 'apa yang diberi' tetapi prihatin dan rasa simpati pemimpin itu yang ingin di kongsi oleh mereka11.50 malam – Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Melaka
Anggota konvoi meneruskan perjalanan bantuan dan tiba di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Melaka dengan di temani oleh Sdr Ashakari.
Di pusat pemindahan ini terdapat 421 keluarga yang dipindahkan dari kawasan yang teruk dilanda banjir. Kawasan yang terlibat seperti Taman Ayer Molek, Rumah Awam Ayer Molek, Taman Desa Molek, Pendamar, Pengkalan Minyak, Ayer Molek dan Gaung.
Majlis penyerahan bantuan turut dihadiri oleh ADUN Ayer Molek YB. Tuan Md Yusof Husin.
Bagi Pak Cik ini mungkin dia tidak 'mengenali' siapa jejaka kacak ini yang menghulur bantuan kepadanya ketika di timba musibah tetapi sudah pasti dia lebih mengenali 'lambang' yang terpampang di dada lelaki itu.
12 : 55 pagi – Sekolah Rendah Agama Al-Rahman, KM 15 Kg Bukit Pulau, Melaka
Di pusat pemindahan ini terdapat seramai 187 mangsa banjir yang ditempatkan disini. Pengerusi Putera UMNO Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim turut menyampaikan bantuan kepada warga emas kurang upaya yang berada di pusat pemindahan tersebut
Atas misi bangsa, agama, negara dan parti, membantu rakyat dibuktikan oleh Putera UMNO bahawa kerja sebegini bukan semata-mata kerja pilihanraya tetapi kerja sepanjang masa. Itulah Putera UMNO, itulah Pemuda UMNO dan itulah UMNO.
2 : 00 pagi
Dari Sekolah Agama Al-Rahman anggota konvoi bergerak meredah malam menuju ke Kampung Klebang Melaka.
Dalam perjalanan tersebut kami sempat singgah di Pusat Rakyat ADUN Klebang bagi mendapat taklimat awal dan merancang misi bantuan.
Dengan di temani Ahli Parlimen Tangga Batu YB. Datuk Hj Idris Hj Haron, anggota rombongan menyerahkan bantuan dari rumah ke rumah.
12 : 12: 06 : 3: 00 pagi –
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Malim Panjang, Melaka
Terdapat seramai 356 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan ini. Dato Azeez dan Datuk Idris bersama anggota misi menyampaikan bantuan kepada mangsa yang ditempatkan disini.
3 : 53 pagi – Kompleks Penghulu Kawasan Krubung, Kg Tampoi Tengah, Melaka
Terdapat 15 orang yang berada di pusat pemindahan ini.
4 : 20 pagi
Anggota konvoi berkesempatan berehat seketika setelah letih meredah malam dan mengharung banjir. Namun atas semangat kemanusiaan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama misi bantuan banjir Putera UMNO merasa puas kerana dapat membantu mereka yang memerlukannya. Disamping timbul rasa insaf akan kebesaran Allah SWT dalam menguji umatnya.