Tuesday, October 17, 2006

PEMUDA TIDAK BELA MAT REMPIT

"Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan melindungi kumpulan mat rempit yang didapati melanggar undang-undang walaupun mereka pernah terlibat menjayakan program anjuran parti itu." - Hishamuddin

"Beberapa kejadian jenayah melibatkan mat rempit kebelakangan ini turut mencemar imej Putera UMNO yang sebelum ini giat melaksanakan kempen dan program bersama mat rempit." - Hishamuddin

Sebahagian daripada 49 keluarga miskin penerima bantuan hamper dan sumbangan duit raya sekitar Taman Medan sempena Program Kacau Bubur Lambuk Putera UMNO

Sekiranya ada anggota kumpulan mat rempit yang melanggar peraturan, ketua kumpulan akan dipanggil memberi penjelasan kepada Pengerusi Putera

"Pemuda UMNO juga memerlukan kerjasama kementerian berkaitan bagi mengawal kegiatan kumpulan mat rempit memandangkan jumlah mat rempit adalah besar." - Hishamuddin

Datuk Hishamuddin bersama Dato' Azeez mengacau bubur lambuk di program tersebut

‘‘Dalam soal ini, bukan sahaja Pemuda atau Putera UMNO perlu bertindak, agensi lain dan kementerian terlibat perlu bersama bersatu tenaga mendekati golongan ini sama ada di bandar atau luar bandar,’’ - Hishamuddin

"Setakat ini, sebanyak 3,800 mat rempit di seluruh negara telah menyertai Putera UMNO sejak pertubuhan itu diperkenalkan akhir tahun lalu." - Hishamuddin

Kehadiran Awei di harap akan dapat menarik penyertaan mat rempit dalam program-program yang akan dianjurkan oleh Putera UMNO


PETALING JAYA 14 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan melindungi kumpulan mat rempit yang didapati melanggar undang-undang walaupun mereka pernah terlibat menjayakan program anjuran parti itu.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beberapa kejadian jenayah melibatkan mat rempit kebelakangan ini turut mencemar imej Putera UMNO yang sebelum ini giat melaksanakan kempen dan program bersama mat rempit.

‘‘Kita mahu Putera UMNO tidak berputus asa dengan tuduhan dilemparkan berkaitan kes-kes mat rempit ini, sebaliknya terus membuat perancangan rapi bagi memastikan mat rempit yang menyertai program Putera mempunyai disiplin,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hamper dan sumbangan duit raya kepada 49 keluarga miskin sekitar Taman Medan sempena Program Kacau Bubur Lambuk Putera UMNO, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Hishammuddin turut menyampaikan pita keselamatan topi keledar kepada kira-kira 10 kelab motosikal yang terdapat sekitar Petaling Jaya.

Menurut Hishammuddin, mana-mana ketua kumpulan mat rempit yang terlibat dalam program Putera UMNO akan diberi tanggungjawab mengawal kegiatan anggota masing-masing bagi mengawal tahap disiplin ahli mereka.

‘‘Sekiranya ada anggota mereka melanggar peraturan, ketua kumpulan akan dipanggil memberi penjelasan kepada Pengerusi Putera dan saya sendiri tentang perkara yang berlaku,’’ katanya.

Pada masa sama, katanya, Pemuda UMNO memerlukan kerjasama kementerian berkaitan bagi mengawal kegiatan kumpulan mat rempit memandangkan jumlah mat rempit adalah besar.

‘‘Dalam soal ini, bukan sahaja Pemuda atau Putera UMNO perlu bertindak, agensi lain dan kementerian terlibat perlu bersama bersatu tenaga mendekati golongan ini sama ada di bandar atau luar bandar,’’ katanya.

Beliau memberitahu, setakat ini, sebanyak 3,800 mat rempit di seluruh negara telah menyertai Putera UMNO sejak pertubuhan itu diperkenalkan akhir tahun lalu.

Thursday, October 12, 2006

SKIM PELUANG KEDUA PENDIDIKAN PUTERA UMNO TERUS MENDAPAT SAMBUTAN






KUANTAN 22 Sept. – Putera UMNO memperkenalkan program Skim Peluang Kedua Pendidikan dan Kerjaya bertujuan untuk memberi peluang pendidikan vokasional kepada anak-anak muda yang tercicir atau gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama beberapa kolej itu setakat ini telah berjaya menempatkan hampir 2,000 pelajar untuk mengikuti kursus- kursus dalam pelbagai bidang termasuk perhotelan, automotif dan paramedik.

‘‘Sasaran kami, menjelang tahun 2008, kita akan dapat memberikan latihan kepada 30,000 anak-anak kita yang tercicir,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara IKIP Trading Sdn. Bhd. dan Putera UMNO.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Datuk Faizal Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif IKIP Trading Sdn. Bhd., Dr. Azman Ahmad Shah dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Abdul Hamid Nazahar.

Tambah beliau, pelajar-pelajar yang dipilih untuk mengikuti skim berkenaan dikesan melalui bantuan ketua-ketua pemuda UMNO seluruh negara dan setakat ini sudah empat bahagian iaitu Baling, Kedah, Sandakan, Sabah, Bayan Baru, Pulau Pinang dan Kuantan terbabit dalam program itu.

‘‘Program ini umpama serampang dua mata kepada Putera UMNO kerana ia secara tidak langsung dapat menambah bilangan keahlian Putera UMNO.

‘‘Selain itu, masalah gejala sosial seperti dadah, bohsia dan ‘mat rempit’ dapat dikurangkan dengan wujudnya skim ini kerana setiap masa terluang oleh golongan muda ini ditumpukan untuk menimba ilmu pengetahuan lantas dengan sendirinya masalah lepak dan peleseran dapat diatasi,” katanya.

Kata beliau, pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian selama setahun atau lebih bergantung kepada kursus yang dipilih.

Jelasnya, pembiayaan bagi program itu diperoleh melalui beberapa punca termasuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan, yayasan negeri dan Perbadanan Sumber Manusia Berhad.

Katanya, setakat ini sebanyak 15 kolej telah tampil untuk berkerjasama dengan Putera UMNO bagi mengendalikan skim berkenaan.

Mengulas mengenai MoU hari ini, beliau berkata, seramai 380 pelajar akan mengikuti kursus perhotelan dengan Kolej IKIP dan jumlah itu akan dipertingkatkan sehingga menjadi 1,000 orang menjelang hujung tahun ini.

MENDEKATKAN 'MAT REMPIT' DENGAN MASYARAKAT




KUALA LUMPUR – Usaha Putera UMNO untuk memberi perspesi baru remaja yang digelar ‘mat rempit’ dikalangan masyarakat sekali lagi menemukan mereka dengan program bergotong -royong membersih Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang PJS 7 baru-baru ini. Program yang membabitkan 200 ‘mat rempit’ dan pelajar Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Automotif (Tekat) merupakan antara langkah awal Putera UMNO kearah itu.

Pengerusi Putera UMNO, Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, program itu bertujuan memberi kesedaran serta mendekatkan anak muda dengan kegiatan berfaedah, termasuk membuat kebajikan atau kerja amal.

Katanya, ini program ketiga untuk Ramadan ini, sebelum ini ke Teluk Batik dan minggu lalu ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah di Kajang.

“Ia diharap memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka. Sambutan diterima memang baik, malah dianggarkan kira-kira 40,000 remaja sudah kita dekati melalui pelbagai program,” katanya.

Wednesday, October 11, 2006

200 'MAT REMPIT' LAKUKAN KERJA AMAL









KAJANG, 23 September 2006 – Putera UMNO sekali lagi membuktikan bahawa penubuhan Kelab Motor Putera bukan semata-mata untuk ‘merempit” di jalan raya mahupun untuk berkonvoi ke Teluk Batik semata-mata. Malah penubuhan Kelab Motor Putera, antaranya untuk mendidik remaja bermotor mendekati masyarakat sekaligus mengikis tanggapan negetif terhadap mereka.

Perkara ini dibuktikan bilamana seramai 200 Putera kebanyakannya dari apa yang digelar ‘mat rempit’ telah sama-sama menyertai gotong royong membersih Rumah Anak Yatim Nurhikmah Kajang.

Sebahagian kepakaran yang ada pada mereka telah dipergunakan bagi membaiki lampu yang rosak, mengecat pagar, membetul peralatan eletrik seterusnya membersih kawasan persekitaran rumah anak yatim tersebut.

Pengerusi Putera UMNO Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam program tersebut mengakui bahawa kehadiran ‘mat rempit’ di rumah anak yatim tersebut telah ‘mengejutkan’ bukan sahaja penghuni rumah tersebut malah masyarakat sekeliling.

Ini berlaku kerana selama ini masyarakat beranggapan ‘mat rempit’ adalah ‘budak jahat’ yang tidak mempedulikan kerja-kerja kebajikan dan bergaul dengan masyarakat.

“Putera UMNO sedikit sebanyak telah berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap ‘mat rempit’ dan ini merupakan sesuatu yang membanggakan” jelasnya

MEMBELI-BELAH AIDILFITRI BERSAMA ANAK YATIM

SIFAT SEORANG PEMIMPIN : Dato' Azeez sedang membantu salah seorang anak yatim memilih songkok


ERTI RAMADHAN DAN SYAWAL : Dato' Azeez bersama anak-anak yatim membeli-belah untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri

SEBUAH PENGORBANAN : Kata Dato' Azeez, keperitan masa kecil memberi keinsafan kepadanya. Hari ini dengan sedikit rezeki yang Allah berikan kepadanya, hanya kepada anak-anak ini kasih tertumpah.

SIAPALAH YANG LEBIH MENGERTI : Hati dan perasaan anak-anak ini menjelang Shawal hanya mereka yang lebih mengetahui. Dato' Azeez bersama Putera UMNO cuba menyelami dan membantu meringankan beban derita mereka.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT HARI RAYA DATO' : Mungkin itu ucapan yang mampu mereka lafazkan, tanda terima kasih dan syukur atas insan yang prihatin terhadap nasib mereka.

KUALA LUMPUR – Ketika mengadakan lawatan dan bergotong royong membersihkan Rumah Anak Yatim Nurhikmah Kajang, Pengerusi Putera UMNO Dato Abdul Azeez Abdul Rahim telah berjanji untuk membeli sepasang baju raya kepada setiap seorang anak-anak yatim di rumah tersebut. Bersama pada lawatan tersebut seorang tukang jahit telah dibawa untuk mengambil ukuran saiz setiap dari mereka. Namun setelah menimbang faktor masa untuk menyiapkan tempahan tersebut, kaedah tempahan telah ditukar kepada membeli yang sudah siap.

Bagi menunaikan janji tersebut, seramai 66 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nurhikmah, Kajang telah dibawa untuk membeli-belah baju raya di sebuah pasaraya di ibu kota.

Kehadiran anak-anak yatim tersebut di Pasaraya Maiden menarik perhatian orang ramai yang sedang membeli belah persiapan hari raya di pasaraya tersebut. Namun, bagi Dato Azeez kegembiraan anak-anak yatim tersebut memilih pakaian dan berbincang sesama mereka untuk memilih mana yang sesuai adalah kepuasan bagi beliau.