Wednesday, July 12, 2006

ULANGTAHUN PERTAMA PUTERA UMNO

Tanggal 22 Jun 2006 bertempat di Masjid Tengkera, Melaka satu majlis bacaan tahlil dan doa selamat menyambut Ulangtahun Pertama Penubuhan Putera UMNO. Majlis yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang tetamu termasuk anak-anak yatim yang diberi penghormatan untuk menjadi tetamu pada majlis tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rostam. Menurut Dato' Abdul Azeez Rahim, Pengerusi Putera, Melaka dipilih kerana ianya memberi makna yang tersendiri kepada Putera UMNO dan dirinya secara peribadi. Selain daripada satu penghormatan kepada seluruh ahli-ahli Putera di Negeri Melaka.


Katanya, selain daripada Putera UMNO dilancarkan di Melaka oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 19 Jun 2005, secara peribadinya di Melaka jugalah beliau dilantik menjadi Pengerusi Putera UMNO.

Apapun, menurutnya Putera UMNO kini sudah berada pada landasan yang betul dan tepat untuk menerajui remaja Melayu yang berumur antara 18 hingga 25 tahun.

"Sokongan semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat pusat mahupun negeri serta kerjasama yang diberi oleh syarikat dan individu serta seluruh ahli-ahli UMNO termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri disemua peringkat, menjadikan Putera UMNO terus diterima oleh masyarakat." katanya

Namun, menurutnya lagi, ini bukan bermakna Putera UMNO sudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada malah tetap menganggap masih ramai lagi remaja Melayu di luar sana yang masih belum lagi menyertai Putera.

"Oleh itu Putera UMNO akan menggandakan lagi aktiviti dan program kearah mendekati golongan remaja. Insyaallah perkara ini sedang berada dalam perancangan dan penelitian Putera UMNO." jelasnya